Ahad, 5 Julai 2015

PARTI BARU ALA PAS @ MAT SABU AKAN DIBENTUK



Selepas menyatakan cuti rehat muktamar orang kuat PAS, Mohamad Sabu menyatakan bakal membentuk parti politik baru untuk meneruskan agenda menawan Puterajaya. Perbicangan berterusan bagi menubuhkan parti politik baharu digerakkan pemimpin progresif PAS, dan satu gabungan baharu parti pembangkang, memberi harapan kepada rakyat Malaysia yang mahukan perubahan.
Bekas timbalan presiden PAS, Mohamad Sabu berkata beliau sudah mula bertemu dengan rakan politik dan pemimpin masyarakat sepanjang bulan Ramadan ini dan melihat parti baharu ini satu keperluan.

Menurut Mohamad yang dikenali sebagai Mat Sabu, beliau pada mulanya beranggapan boleh "berehat" selepas kalah dalam pemilihan PAS bulan lepas, namun situasi tersebut menyebabkannya dipaksa bergiat kembali dalam politik.

Katanya, selepas pulang dari luar negara, beliau diminta memberi ucapan dalam pelbagai acara  dan setibanya di Johor, beliau diberikan empat pilihan oleh para penyokongnya samada  kekal dalam PAS, menyertai pertubuhan bukan kerajaan, menyertai DAP atau PKR atau menubuhkan parti baharu. Mat Sabu bagaimanapun belum memberi keputusan dalam persoalan  tersebut

Tiada ulasan:

Catat Ulasan