Ahad, 6 September 2015

Parti Gerakan Harapan Baru kini tertubuh di Malaysia


KUALA LUMPUR: Satu parti politik baru diterajui pemimpin progresif dalam parti PAS yang kalah semasa pemilihan parti baru-baru ini diumumkan penubuhannya oleh Mohamad Sabu.

Pengerusi parti tersebut, Mohamad Sabu berkata, parti yang dinamakan sebagai Gerakan Harapan Baru itu dilihat sebagai satu platform untuk menggerakkan semula kerjasama parti politik di pihak pembangkang.


"Parti ini berteraskan Islam dengan pendekatan inklusif, progresif dan mengambil peduli terhadap rakyat.

"Ini merupakan permulaan kepada kerjasama baru atau Pakatan Rakyat 2.0," kata beliau, yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu, pada sidang media di Kuala Lumpur hari ini.

Antara pemimpin yang turut hadir pada majlis pelancaran tersebut ialah  bekas calon presiden PAS Ahmad Awang, bekas ahli Jawatankuasa PAS Pusat Dr Dzulkefly Ahmad dan bekas naib presiden PAS Salahuddin Ayub.

Selain mereka, turut hadir ialah anak bekas presiden PAS, Muhammad Faiz Fadzil  dan bekas menteri besar Selangor Tan Sri Muhammad Muhd Taib.

Tambah Mohamad, parti itu tidak menolak matlamat penubuhannya sebagai sebuah parti politik yang terbuka kepada semua kaum.  "Buat masa ini, permohonon pendaftaran parti sudah dihantar kepada Pendaftar Pertubuhan (RoS) dan menunggu kelulusannya.


Ahad, 30 Ogos 2015

Merealisasi Bersih 4.0 di Kuala Lumpur





Kuala Lumpur - Biarpun seribu rintangan menghalang, BERSIH 4.0 tetap berjalan sepertimana perancangan. Ribuan demonstran Bersih 4.0 semalam menginap di tengah jalan di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur, Malaysia. Semua rela mengerahkan tenaga dan waktunya demi menggulingkan PM Najib dari jabatannya.




Muslimah PAS dari Batu Pahat bergabung bersama Unit Amal PAS Muar dan Melaka berkumpul di kawasan sekitar  Dataran Merdeka, pada hari Sabtu sejak jam 07.00 pagi untuk sama-sama menzahirkan perasaan demi mencapai cita-cita bersama.






Seseorang bernama Jef dari Johor Baru mengaku datang ke lokasi dengan naik bus. Dia tidur di jalan di depan Swiss Hotel. "Hati tak pasti rasanya, saya takut ada hal yang tidak baik terjadi," ujarnya.




Isnin, 6 Julai 2015

Kadar tukaran RM merosot menjelang Hari Raya


Kuala Lumpur : Para Pekerja Asing yang pulang ke kampong halaman dengan tersenyum lebar saban tahun terpaksa pulang dengan senyum tawar pada Hari Raya tahun ini kerana kadar tukaran matawang yang rendah berbanding dolar. 




Nilai ringgit Malaysia jatuh ke tahap paling lemah sejak 2005, di tengah-tengah siasatan berhadap dakwaan salah guna dana Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Matawang itu jatuh 0.6 peratus kepada 3.8025 berbanding sedolar Amerika Syarikat pada jam 9.27 pagi di Kuala Lumpur, menurut data dikumpulkan Bloomberg.





Ringgit pernah diikat pada harga 3.8 sedolar pada 1998 semasa kritis kewangan Asia.

Kadar pertukaran matawang Malaysia paling terus merosot tahun ini susulan kontroversi di sekitar syarikat pelaburan negara 1MDB.

The Wall Street Journal (WSJ) pada 3 Julai melaporkan kira-kira AS$700 juta (RM2.6 bilion) daripada pelbagai badan dikaitkan dengan 1MDB disalurkan ke akaun bank perdana menteri.




Bercakap di Semenyih semalam, Najib menegaskan beliau selaku perdana menteri yang dipilih rakyat tidak akan sesekali mengkhianati rakyat dan harta benda negara ini.




Perlukah PETRONAS membantu 1MDB ?



Satu tulisan komentar di laman Wall Street Journal (WSJ) memberi amaran bahawa dana Petronas mungkin akan digunakan untuk menyelamatkan 1MDB sekiranya skim pelaburan itu menemui kegagalan.

Amaran itu dibuat WSJ berdasarkan penelitian ke atas perkembangan isu tersebut, apabila 1MDB kini terpaksa menjual asetnya bagi menampung beban hutang.

Apatah lagi bila timbul dakwaan dari Umno dan pembangkang bahawa 1MDB membayar dengan harga rendah untuk mendapatkan tanah kerajaan dan membayar harga tinggi untuk aset dimiliki pemimpin berpengaruh, kata WSJ.

“Apabila dana tersebut terpaksa melengahkan pembayaran hutang dan kos politik Najib semakin meningkat, dana tersebut mula menjual sebahagian asetnya kepada entiti awam lain dengan harga tinggi yang menghairankan.



“Ini semua cerita yang biasa didengar. Satu skim pelaburan kerajaan dilancarkan dengan janji besar untuk meningkatkan rantaian nilainya dan istilah ekonomi lain.

“Selepas itu, bermulalah penjualan aset. Jika projek itu berjalan dengan baik, parti pemerintah boleh mensasarkan pencapaian tertentu, dan dengan senang sekali mengabaikan kosnya yang tinggi.

“Jika ia gagal, wang rakyat akan menyelamatkannya dalam satu cara, dan syarikat monopoli minyak milik negara, Petronas, menjadi benteng terakhir,” tulisan itu dipetik.

WSJ seterusnya menyebut, harga minyak dunia yang merudum menyebabkan dana yang boleh digunakan oleh ahli politik kini semakin merosot.



“Ini menimbulkan persengketaan dalaman,” kata WSJ yang membangkitkan mengenai peranan bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam kempen untuk menekan Najib agar meletak jawatan.

Menurut komentar tersebut, penyokong Najib masih setia pada perdana menteri kerana bimbang jika seluruh sistem tersebut akan musnah.

Tulisan itu bagi mempertahankan laporan WSJ, Jumaat lalu bahawa penyiasat Malaysia menemui bukti yang berpotensi menunjukkan rasuah melibatkan Najib.

Ahad, 5 Julai 2015

HUBUNGAN PAS - DAP : RETAK MENANTI BELAH



Belum ada sebarang tarikh khusus ditetapkan Mursyidul Am PAS bagi mengadakan perbincangan dengan Majlis Syura Ulama berhubung usul memutuskan hubungan dengan DAP setakat malam ini.

Ditemui media sebentar tadi Datuk Dr Haron Din berkata Majlis Syura hanya akan membincangkan mengenai nasib usul berkenaan selepas anggota badan itu dilantik.

Dan Haron yakin mesyuarat itu akan diadakan sebelum Aidilfitri.

"Kami perlu melantik ahli syura terlebih dulu. Semua ini tidak dibincangkan kerana ia terlalu baru, tetapi saya yakin mesyuarat itu akan diadakan sebelum raya," katanya di majlis berbuka puasa di Putrajaya sebentar tadi.

Walaupun usul memutuskan hubungan dengan DAP diluluskan tanpa bahas dalam muktamar PAS bulan lalu.

Walaupun beberapa pihak beranggapan usul berkenaan sudah muktamad, Haron masih berpendapat ia sebaliknya kerana memerlukan kelulusan Majlis Syura Ulama.

Namun, kata Haron, DAP menganggap usul berkenaan muktamad dan mengumumkan Pakatan Rakyat sudah berkubur tanpa sebarang usaha menghalang pemutusan berkenaan.




Haron juga mengingatkan usul berkenaan terhasil daripada tindakan DAP memutuskan hubungan dengan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Bagaimanapun, Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali nampaknya mempunyai maklumat lain.

Ahli Parlimen Kuala Nerus itu berkata kemungkinan besar mesyuarat Majlis Syura Ulama hanya diadakan selepas Aidilfitri.

Mengakui belum ada tarikh yang ditetapkan, beliau berkata: "Kemungkinan besar selepas raya." 

KEWAJIPAN MELAKSANA HUDUD SAMA SEPERTI PUASA DAN SOLAT



PUTRAJAYA: Mursyidul Am PAS Pusat, Datuk Dr Haron Din menyatakan kehairanan kenapa perkara wajib seperti puasa dilaksanakan oleh hampir semua umat Islam, namun hukum wajib seperti qisas dan hudud tidak dilaksanakan.

Beliau merujuk kepada negara-negara Islam yang sehingga kini katanya tidak melaksanakan undang-undang tersebut meskipun diwajibkan sama seperti puasa dan solat.

"Mengapa bila puasa ini semua orang nak buat? Kanak-kanak pun ada, orang tua yang sakit pun nak buat…orang musafir (dalam perjalanan jauh) yang sepatutnya ada peruntukan untuk berbuka pun buat.

"Namun Allah wajibkan kita laksanakan qisas yang merupakan sebahagian dari hudud, tetapi degil tak mahu laksana sampai hari ini," katanya dalam ucapan tazkirah Majlis Iftar Amal Darul Fuqaha' di sebuah hotel di sini pada Sabtu.

Selain itu, Dr Haron turut menyebut tentang usul Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian berkaitan hudud oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang ke Dewan Rakyat yang masih belum dapat dibacakan.



"Sudah sebulan kita nak bawa di Parlimen tetapi tidak disenaraikan sebagai bil yang boleh dibawa dan ditangguh ke Parlimen akan datang," katanya.

Menurut beliau, dalam waktu itu ada pihak yang bertindak menghantar writ saman dan menamakan Abdul Hadi, Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia dan seorang timbalan speaker sebagai defendan.

Katanya, tujuan saman tersebut adalah bagi meminta mahkamah menghalang Speaker daripada menerima dan membawa usul persendirian oleh Abdul Hadi itu.

Pada 18 Mac lalu, Abdul Hadi telah mengemukakan satu notis bagi usul tersebut dibentangkan di Dewan Rakyat.



RUU berkenaan iaitu Rang Undang-Undang Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Kelantan pada 19 Mac.

PARTI BARU ALA PAS @ MAT SABU AKAN DIBENTUK



Selepas menyatakan cuti rehat muktamar orang kuat PAS, Mohamad Sabu menyatakan bakal membentuk parti politik baru untuk meneruskan agenda menawan Puterajaya. Perbicangan berterusan bagi menubuhkan parti politik baharu digerakkan pemimpin progresif PAS, dan satu gabungan baharu parti pembangkang, memberi harapan kepada rakyat Malaysia yang mahukan perubahan.
Bekas timbalan presiden PAS, Mohamad Sabu berkata beliau sudah mula bertemu dengan rakan politik dan pemimpin masyarakat sepanjang bulan Ramadan ini dan melihat parti baharu ini satu keperluan.

Menurut Mohamad yang dikenali sebagai Mat Sabu, beliau pada mulanya beranggapan boleh "berehat" selepas kalah dalam pemilihan PAS bulan lepas, namun situasi tersebut menyebabkannya dipaksa bergiat kembali dalam politik.

Katanya, selepas pulang dari luar negara, beliau diminta memberi ucapan dalam pelbagai acara  dan setibanya di Johor, beliau diberikan empat pilihan oleh para penyokongnya samada  kekal dalam PAS, menyertai pertubuhan bukan kerajaan, menyertai DAP atau PKR atau menubuhkan parti baharu. Mat Sabu bagaimanapun belum memberi keputusan dalam persoalan  tersebut