Selasa, 11 Ogos 2015

INA SI PENIPU (cerita seorang ketua puteri UMNO )



UNTUK SEMENTARA WAKTU KISAH INI KITA 
BEKUKAN  BAGI MEMBOLEHKAN PIHAK YANG BERKENAAN BERTAUBAT....

11 ulasan:

  1. Tak baik menjatuhkan maruah orang lain. Kita tak boleh menyalahgunakan blog.Harap ini adalah kritikan yang MEMBINA.

    BalasPadam
  2. betul tu. saya sokong sangat2. negara kita ada undang-undang. kalau rasa-rasanya cerita dalam blog ini memang sebetulnya benar dan membabitkan sesaorang di kawasan tertentu, saya cadangkan pihak yang terlibat melapor pada pihak berkuasa dan SKMM untuk tindakan lanjut...

    BalasPadam
  3. saya berulangkali baca blog ni. rasanya macam cerita umum @ kalaupun tidak cerita dongeng semata kerana tiada butiran jelas / identiti individu dinyatakan melalui blog ini. Selain nama panggilan umum pada tajuk, jenama dan warna memang ada tetapi no flet kereta disembunyikan, nama2 lokasi kerja pun macam rekaan semata, jawatan dalam parti tidak pasti sahih lagi ( mengakui dirinya ...). Jadi rasanya tulisan dalam blog ni masuk kategori cerpen sahajalah, kecuali kalau memang ada kisah benar disebaliknya hingga ada pihak yang terasa / tersinggung, lebih dahulu saya minta ampun maaf.

    BalasPadam
  4. citer ni kisah benar ke? kalau kisah benar, gentelman la... tulislah penuh no flet kereta biru tu ... Boleh juga aku peguna buat 4D: magnum/toto/kuda/singapore/sandakan dll. Aku bercerai berai, merempat, terbuang balik kampong ni sebab tak berduit. Ada mombor-nombor baik macam ni, kongsilah!

    BalasPadam
  5. Sebenarnya sayalah penulis cerita ini. Walaupun saya telah disahkan gila tapi dulu saya tidak gila. Saya bekas guru besar yg telah dipecat kerana menyeleweng. Kerana itu saya menghadapi tekanan perasaan. Dan Ina itu adalah sahabat saya tetapi akhirnya dia meninggalkan saya utk menjadi rakan kongsi. Sebab itu saya amat sakit hati kepada dia. Maafkan saya menyusahkan semua pihak. Lawatilah blog saya untuk mengenali saya dengan lebih dekat di: adiwijayaiskandar.blogspot.my

    BalasPadam
  6. Saudara Addy Renggo. saya tidak mengenali saudara dan tidak perlu membuang masa untuk mengenali saudara. Namun begitu kami amat mengenali mangsa fitnah saudara ( Ustaz Adi Wijaya bin Iskandar). Beliau merupakan seorang pendidik yang serba boleh dan berketerampilan. Umpama permata dalam lumpur, untuk mencari seorang yang hebat seperti beliau, berkemungkin 1 dalam sejuta. Selain dari sifat dermawannya beliau juga seorang insan yang banyak berkorban harta benda dan wang ringgit untuk kemajuan masyarakat kampong halaman yang juga desa kelahirannya. Menjelang pilihanraya beliau mengorbankan kediamannya menjadi medan tumpuan masyarakat dengan setulus dan seikhlas hati. Selepas pilihanraya kediamannya dijadikan lokasi berkumpul mingguan Amanah Ikhtiar Malaysia secara ikhlas juga, tanpa sebarang bayaran. Keterlibatan beliau dalam masyarakat bermula dari awal permohonan pembinaan masjid Darul Sakinah hingga berjaya dan penstrukturan kepimpinan masjid tersebut. Hidupnya dikorbankan demi kemajuan masyarakat dan kariahnya. Sehubungan itu saya amat kesal dengan tulisan Addy Renggo, dan menuntut admin agar ulasan tersebut dikeluarkan dari blog ini.

    BalasPadam
  7. Addy Renggo manusia biadap. Saya merupakan pelajar lepasan Sekolah Agama Seri Bugis, Benut, Pontian. Adik-adik saya masih menuntut disekolah tersebut. Ustaz Adi Wijaya bin Iskandar masih berkhidmat di situ sehingga hari ini. Semenjak beliau berkhidmat, sekolah tersebut mencatat pencapaian sangat luarbiasa : Kelulusan 100 % calon peperiksaan Sijil Darjah Enam Agama (SDEA) Kerajaan Negeri Johor selama 8 tahun berturut-turut (2009 - 2016). Beliau juga seorang guru dedikasi dan sangat disayangi oleh anak murid. Kejayaan sekolah tersebut saya anggap sebagai kurniaan Allah pada insan2 jujur, ikhlas berbakti untuk anak didiknya.
    Penantian penduduk kampung sekitar sekolah tempat beliau berkhidmat juga tersenyum girang kerana bangunan sekolah agama yang diimpikan semenjak sebelum kemerdekaan kini sudah mencapai satu titik positif hasil usaha beliau bersama penduduk membuat rayuan dan susulan, naik turun tangga jabatan.
    Sehubungan itu saya mohon admin agar segera 'remove' keluar ulasan Addy Renggo kerana kenyataan tersebut adalah menyeleweng, berunsur fitnah dan hasutan semata-mata.

    BalasPadam
  8. Nabi Muhammad di musuhi Abu Jahal, Nabi Musa dimusuhi Firaun. Begitulah dengan Cikgu @ Ustaz Adi Wijaya bin Iskandar. Tidak mustahillah orang baik hati sepertinya dimusuhi manusia bertopengkan Addy Renggo... spesis manusia yang tidak bersyukur dan sentiasa gagal dalam hidup. Manusia seperti Addy Renggo ini adalah lambang melayu yang gagal. Kebolehannya hanya memfitnah dan menjatuhkan imej keturunan melayu yang hebat, cemerlang, gemilang dan terbilang...

    BalasPadam
  9. Kasihan... betapa parahnya Addy Renggo kalau dia tahu betapa hebat musuhnya diangkat oleh Allah pada hari ini. Benarlah bidalan kata pepatah melayu "ikut resmi padi, makin tunduk makin berisi- jangan ikut resmi lalang, pandai cuma alang kepalang, hidup cuma menyusahkan orang". Tahun ini, Ustaz Adi Wijaya mendapat kenaikan pangkat DG 34, berpindah dari sekolah C (menumpang sekolah kebangsaan) ke sekolah B, bangunan sendiri di Pekan Sanglang, Pontian. Sekolah tersebut dimasukkan dalam rangka lawatan Menteri Besar Johor pada 10 April 2017 lalu. Dalam tempoh tidak sampai 40 hari berada di sekolah baru, dengan izin Allah mendapat peruntukan penghawa dingin dewan sumbangan Ahli Parlimen Pontian menjadikan Sekolah Agama Sanglang menjadi sekolah agama pertama mempunyai dewan berhawa dingin dalam Negeri Johor. Pencapaian luarbiasa ... seorang insan bergelar Ustaz !! Teruskan perjuangan Ustaz Adi Wijaya, saya bangga menjadi anak murid ustaz !

    BalasPadam
  10. Manusia yang menggelarkan dirinya Addy Renggo dan mengaku2 sebagai Ustaz Adi Wijaya bin Iskandar adalah manusia yang gagal dalam kehidupan. Melalui rakan FB dan watsapp, saya memperoleh maklumat bahawa Addy Renggo adalah manusia yang bersifat suka menipu penduduk kampong. Berniaga atas modal penipuan, suka berhutang tetapi tidak mahu membayar hutang menyebabkan semua usaha perniagaannya sentiasa lingkup. Perasaan hasad dengki sentiasa terpalit di hati melihat perniagaan keluarga Ustaz Adi Wijaya terus maju. Sebagai melayu yang gagal, beliau menjaja cerita palsu memburuk-burukkan Cikgu Adi Wijaya bin Iskandar dan keluarganya. Namun begitu Allah Maha Berkuasa, Ustaz Adi Wijaya semakin maju, terserlah keterampilannya dan hebat, mulia, masyhur ternama disisi masyarakat dan kerjayanya !

    BalasPadam
  11. Mungkin agak ketinggalan.... Hari ini saya baru terbaca blog dan ulasan yang cuba memfitnah dan mengaibkan Ustaz Adi Wijaya bin Iskandar. Sungguh memalukan dan biadab sekali manusia yang menggelar diri sebagai Addy Renggo !
    Untuk makluman pembaca, Ustaz Adi Wijaya bukan sahaja seorang Guru Besar Sekolah Agama Kerajaan Johor yang berjaya tetapi juga terkenal sebagai seorang pakar rawatan traditional. Saya, rakan2 dan keluarga sering menemui beliau bagi mengatasi masaalah yang tidak dapat diatasi oleh doktor atau perubatan moden dan Alhamdulilah setakat ini Allah beri kesembuhan pada masaalahnya.
    Makcik saya, seorang peniaga area Johor Bahru yang dahulunya hampir muflis kini berjaya bangkit kembali dan punya 3 cawangan perniagaan berjaya setelah menemui Ustaz Adi Wijaya.
    Sepanjang pengalaman kami menemui beliau, belum pernah beliau bersuara minta bayaran itu ini. Sikap ikhlas beliau itulah menjadi sanjungan dan pastinya Allah menyampaikan hajat orang-orang yang ikhlas menolong saudaranya, membantu sesama umat.
    Terpulanglah apa orang hendak kata tetapi bagi kami sekeluarga, rakan taulan meletakkan beliau sebagai manusia Agung yang hebat di sisi Allah...

    BalasPadam